TEST

TEST

Wednesday 15 February 2017

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

 


Assallamuallaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,
Sahabat-sahabat guru dan staf yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kesinambungan tanggungjawab sebagai pendidik di bumi bertuah ini.

Sesungguhnya perancangan dan kreativiti sesama unit-unit dan guru-guru akan memberi impak yang lebih besar kepada setiap program dan aktiviti di sekolah. Oleh itu kita semua amat digalakkan sentiasa peka kepada perkembangan dan perubahan semasa bukan sahaja tugas-tugas yang berkait dengan kita tetapi juga perkara-perkara yang melibatkan dasar-dasar KPM. Semoga kita dianugrahkan kekuatan dan senantiasa dirahmati Allah SWT dalam semua niat dan usaha kita yang mulia ini.

Akhir kata saya berharap kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan dalam usaha mencapai visi dan misi Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak bagi tahun 2017. Selamat bertugas. Semoga  tahun ini kita bersama-sama merialisasikan impian kejayaan yang lebih menyerlah serta cemerlang.
Sekian, terima kasih.


‘ Akhlak Terbilang Prestasi Cemerlang ‘


NINI NAFAIZAH BINTI MOKHTAR
Guru Besar

SK Merbau Sempak

0 comments:

Post a Comment